Wednesday, April 8, 2009

KUIH CINCIN SABAH

Pernahkah anda mendengar tentang KUIH CINCIN SABAH? Ia adalah sejenis kuih tradisional Sabah yang terkenal.Jika anda pernah merasa kuih ini tentu anda dapat bayangkan keenakkan dan kerangupan kuih ini yang unik dan tersendiri.

Jika anda pernah sampai ke Sabah, anda tentu tidak ketinggalan untuk melawat Pasar Filipin yang terkenal di Kota Kinabalu.Pasar ini terkenal dengan barang - barang seperti perhiasan mutiara seperti gelang, rantai dan subang, kraftangan, buah-buahan segar, makanan laut kering seperti gamat,ikan bilis, udang kering dan sotong, dan tidak ketinggalan snek atau kuih tradisional seperti kuih cincin, kerepek pisang, dan kuih sempelang.

Kuih cincin memang sukar didapati di pasaraya terutamanya di Semenanjung Malaysia.Rugi rasanya kerana tidak dapat menikmati keenakkan rasa kuih cincin.Kuih cincin yang manis dan rangup ini diadun dengan resipi tradisional Sabah yang asli dan berkualiti.

Memandangkan kesukaran penggemar-penggemar untuk mendapatkan kuih cincin ini kami ingin memberitahu anda satu berita baik, anda kini boleh memesan kuih cincin yang enak ini melalui internet.Kami menerima tempahan kuih cincin dan menghantar terus kepada anda dengan menggunakan perkhidmatan Pos. Bayaran boleh dibuat melalui perbankan internet atau bank-in.


BAHAN-BAHAN KUIH CINCIN:
Tepung beras,tepung gandum, gula merah,gula nipah, dan minyak masak.


MAKLUMAT PEMAKANAN :
Saiz hidangan : 10 g
Setiap 100 gram setiap hidangan:
Tenaga505 kcal 50.5 kcal
Lemak 23.0 g 2.3 g
Karbohidrat 68.2g 6.82 g
Protein 6.5 g 0.65g