KUIH CINCIN SABAH
Pernahkah anda mendengar tentang KUIH CINCIN SABAH? Ia adalah sejenis kuih tradisional Sabah yang terkenal.Jika anda pernah merasa kuih ini tentu anda dapat bayangkan keenakkan dan kerangupan kuih ini yang unik dan tersendiri.
Jika anda pernah sampai ke Sabah, anda tentu tidak ketinggalan untuk melawat Pasar Filipin yang terkenal di Kota Kinabalu.Pasar ini terkenal dengan barang - barang seperti perhiasan mutiara seperti gelang, rantai dan subang, kraftangan, buah-buahan segar, makanan laut kering seperti gamat,ikan bilis, udang kering dan sotong, dan tidak ketinggalan snek atau kuih tradisional seperti kuih cincin, kerepek pisang, dan kuih sempelang.
Kuih cincin memang sukar didapati di pasaraya terutamanya di Semenanjung Malaysia.Rugi rasanya kerana tidak dapat menikmati keenakkan rasa kuih cincin.Kuih cincin yang manis dan rangup ini diadun dengan resipi tradisional Sabah yang asli dan berkualiti.
Memandangkan kesukaran penggemar-penggemar untuk mendapatkan kuih cincin ini kami ingin memberitahu anda satu berita baik, anda kini boleh memesan kuih cincin yang enak ini melalui internet.Kami menerima tempahan kuih cincin dan menghantar terus kepada anda dengan menggunakan perkhidmatan Pos. Bayaran boleh dibuat melalui perbankan internet atau bank-in.
BAHAN-BAHAN KUIH CINCIN:
Tepung beras,tepung gandum, gula merah,gula nipah, dan minyak masak.
MAKLUMAT PEMAKANAN :
Saiz hidangan : 10 g
Setiap 100 gram setiap hidangan:
Tenaga505 kcal 50.5 kcal
Lemak 23.0 g 2.3 g
Karbohidrat 68.2g 6.82 g
Protein 6.5 g 0.65g
Garam Gunung Merupakan khazanah alam yang tulen.Ia adalah asli, bukan buatan manusia
( tiada bahan campuran ).Terbentuk di Pergunungan Himalaya, ia dilombong dalam bentuk bongkah-bongkah garam dan 84 jenis mineral semulajadi dikenalpasti terkandung di dalam garam gunung, merupakan nutrien yang amat baik untuk darah, pembentukan tulang, otak serta dapat menstabilkan PH dan melarutkan asid di dalam badan.
Garam Gunung telah digunakan sejak berjuta-juta tahun lalu di Timur Tengah,dikenali sebagai Garam nabi Sulaiman.Di Eropah pula ia digunakan secara meluas oleh doktor-doktor pengamal homeopati dan kini mula dikenali di Malaysia.
Garam Gunung dimanafaatkan melalui banyak cara; ia dihaluskan dan dicampur di dalam masakan dan minuman seperti jus buah-buahan, kopi,teh dan sebagainya,ataupun dilarutkan terus di dalam air suam dan diminum atau dibentukkan seperti sabun supaya mudah digunakkan,malah juga digunakan sebagai garam rendam kaki yang amat bermanafaat.Selain daripada itu ia juga boleh digunakan sebagai garam spa untuk menyahtoksin. Manakala ketulan-ketulam Garam Gunung seberat 1 hingga 30kg dijadikan lampu,dipasang mentol di dalamnya.Kepanasan cahaya akan bertindakbals dan terhasillah ion-ion negatif yang begitu baik untuk menyembuhkan penyakit asma,resdung, sakit kepala dan juga elok untuk peredaran darah serta banyak lagi penyakit lain.
KEBAIKAN GARAM GUNUNG
Mengimbangkan tekanan darah
Meleraikan gumpalan sel-sel darah merah
Meningkatkan kandungan oksigen dalam tubuh.
Menganjalkan saluran darah
Melarutkan sebarang pengumpulan kalsium dalam darah.
Membekalkan zat mineral berbentuk ionik yang seimbang.
Melaraskan sistem kelancaran saraf
Membantu pembaharuan semula sel-sel
Membantu pergerakan otot-otot usus.
Mensinergikan sistem metabolik dengan sempurna
Mentelesaikan masalah kesihatan yang berpunca dari ketidakseimbangan mineral.
Membantu penyerapan vitamin dengan sempurna.
Membantu dalam menyembuhkan penyakit kulit.
Membantu menguatkan tenaga batin.
PRODUK-PRODUK GARAM GUNUNG
Lampu Garam Gunung merupakan satu langkah alternative untuk membersihkan udara pada masa kini.Apabila dipanaskan, ia akan melepaskan semula zarah-zarah ion negatif ke udara.Ion-ion negatif ini mampu membunuh bakteria dan membersihkan udara walaupun dalam kuantiti yang kecil.
Kebaikan Lampu Garam Gunung;
Membebaskan kediaman anda dari gangguan nyamuk dan serangga kecil.
Membebaskan persekitaran anda dari segala ancaman radiasi radioaktif yang dikeluarkan oleh peralatan elektrik yang digunakan
Ion negatif yang dikeluarkan oleh lampu Garam Gunung membunuh bakteria di sekitar kediaman anda dan membuatkan anda sekeluarga sihat dan jarang menghidapi demam,batuk dan selesema
Mengurangkan serangan asma bagi pesakit asma
Menghilangkan bunyi dengkuran diwaktu tidur
Menjadikan tidur anda berkualiti, lena dan badan segar apabila bangun dari tiur
Melegakan resdung, migrain, sakit kepala, demam panas, asma, batuk dan selesema
Menghilankan bau busuk di rumah anda
Jika anda prihatin terhadap kesihatan diri dan keluarga tersayang anda, seharusnya anda meletakkan Lampu Garam Himalaya di setiap bilik di kediaman anda.
GARAM SPA ( RENDAM KAKI/BADAN )
Ramai yang mengetahui punca kesihatan bermula dari tapak kaki yang mempunyai hubungan urat saraf ke bahagian organ-organ penting manusia.Tahukah anda, buku Salt & Water oleh Dr Barbara Hendel menegaskan bahawa berendam selama 30 minit di dalam tab mandi yang diisi dengan 1 kg Garam Himalaya mempunyai nilai kuasa penyahtoksin sama dengan berpuasa selama tiga hari.
Kebaikan Garam Spa;
Menyegarkan kaki dari kebas-kebas dan lenguh-lenguh,serta tapak kaki pecah-pecah dan berbau
Melancarkan perjalanan darah, mengurangkan toksin, lemak/kolesterol, dismping mengaktifkan perjalanan darah
Membantu warga emas dan penyakit kronik
Untuk rendaman badan:
Masukkan 2 genggam garam ke dalam tab mandian dengan air secukupnya untuk melarutkan garam dan biarkan selama lebih kurang l jam.Setelah garam larut isikan air panas mengikut suhu badan.
Untuk rendaman kaki:
Ambil 2 sudu besar garam dilarut dalam air panas setinggi 1 inci dna kacau ikut lawan arah jam.Rendam kaki selama 30 minit.
SABUN GARAM GUNUNG
Berasal dari fizikal yang sama dengan lampu garam gunung tetapi dibentukkan seperti sabun supaya mudah umtuk digunakan.
Kebaikan Sabun Garam Gunung:
Merawat segala penyakit kulit (kurap,panau, jerawat,jeragat,gatal-gatal kulit)
Mengaktifkan sel kulit baru dan membuang sel mati pada kulit menjadikan kulit lebih halus dan licin sama ada pada muka ataupun badan.
Memberikan kesegaran dan menambahkan tenaga semulajadi selepas mandi
Cara guna :
Sapukan pada seluruh anggota badan anda dengan minyak zaitun atau minyak kesukaan anda
Gosokkan anggota badan anda dengan sabun garam gunung
Ambil semula minyak dan lumurkan pada sabun dan simpan di tempat yang kering
GARAM MAKAN HIMALAYA
Anda menggunakan garam setiap hari? Semestinya jawapan anda YA.Persoalannya ialah adakah anda sedar dengan menggunakan garam tersebut anda telah meracuni diri anda setiap hari?
Garam biasa sebenarnya mengandungi 97.5% Sodium Klorida dan 2.5% kimia seperti penyerap lembapan dan iodine, yang kemudiannya di keringkan melebihi 1200 darjah Farenheit.Suhu yang berlebihan ini menukarkan struktur kimia ialah Sodium Klorida, garam yang tidak natural dan merupakan benda asing kepada badan kita.
Garam laut lebih baik dari garam biasa tetapi ia dihasilkan dari laut yang tercemar, bukan sahaja tercemar dari tumpahan minyak dari kapal atau kotoran dari kapal yang karam malah sungai-sungai yang tercemar oleh sampah dan bahan kimia berbahaya mengalir dan berkumpul di laut.
Ramai orang membeli garam beriodin di pasaran and tidak pernah berfikir panjang mengenainya.Mereka tidak menyedari bahawa Garam Gunung Himalaya memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan kita, manakala garam bertapis yang biasa berlebel 'Refined Salt' boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan kita.
Garam Gunung Himalaya lebih baik dari garam komersial biasa atau garam laut kerana ia hidup secara Bio-energetik dan mengandungi 84 jenis mineral semulajadi yang terdapat di dalam tubuh kita.Garam Gunung telah wujud secara semulajadi sejak jutaan tahun yang lalu dan merupakan sumber yang bersih dan garam yang bebas dari sebarang pencemaran.
OLEH YANG DEMIKIAN, GARAM GUNUNG PALING SESUAI UNTUK DIGUNAKAN OLEH MANUSIA.